My Future Business Partners

Wednesday, January 26, 2011

Aku dan Pap-Smear

Hari Rabu, 26 Januari 2011, Chekgu Murni ada temujanji untuk pemeriksaan Pap-Smear di Klinik Kesihatan Ibu & Anak Jalan Macalister. Temujanji nih gara-gara Chekgu Murni membawa si anak bongsu check-up biasa dan 'misi-misi' disana telah menyarankan Chekgu Murni melakukan permeriksaan tersebut. Chekgu Murni hanya akur~ Tambahan pula, pemeriksaan nih bukannya untuk kebaikan orang lain, tapi untuk kebaikan DIRI SENDIRI.

Seperti yang telah dijanjikan, Chekgu Murni bersama suamiku sayang telah menghadirkan diri ke KKIA Jalan Macalister seawal jam 8.00 pagi. Suamiku sayang cuma sebagai peneman sahaja. Beliau tidak perlu melakukan ujian pap-smear tu~

Memula Chekgu Murni mendaftar diri di Kauter Pendaftaran dan menunggu giliran untuk dibuat pemeriksaan. Selepas beberapa ketika nama Chekgu Murni dipanggil dan bermulalah sesi pemeriksaan untuk ujian pap-smear. 'Misi' disana ada bertanyakan sejarah kesihatan Chekgu Murni untuk diisi dalam borang yang telah disediakan. Selepas sesi mengisi borang berkenaan, seterusnyanya, tekanan darah diambil. Tujuan? Kurang pasti lak~ ;p dan Chekgu Murni tak tanya pun akan tujuannya~ ahaks~

Kemudian, 'misi' berkenaan check lak BMI Chekgu Murni. Alhamdulillah, my BMI is normal. Nasihat 'misi' berkenaan, Chekgu Murni perlu tambahkan berat badan lagi atau boleh maintain berat yang sediada TAPI berat badan tidak boleh kurang dari yang sediada, nanti kurang zat pula~

Chekgu Murni ingatkan nak lakukan ujian pap-smear nih tak lama, rupanya kena p lak check darah di makmal lak. Alamak~.. malasnya. Tapi memikirkan ia adalah perlu untuk Chekgu Murni, Chekgu Murni teruskan sahaja. Sudah selesai jari hantu kiriku dicucuk dan diambil sample darahnya disuruh pulak Chekgu Murni ke tandas untuk diambil sample air kencing. Aihh..~ mulalah nak mengeluh. Seb bayek ujian nih semua untuk kebaikan Chekgu Murni. Oops~.. pada hari temujanji untuk ujian pap-smear nih, Chekgu Murni tidaklah memakai Premium Beautiful. Leceh lak nanti, nak kena buka Premium Beautiful. Dah la agak menyeksakan nak dipakaikan balik~ ;p

Setelah mendapat result, Chekgu Murni kembali semula ke kaunter dan menyerahkan result ujian darah dan air kencing. Dari pemerhatian Chekgu Murni, result untuk air kencing Chekgu Murni adalah normal dan Chekgu Murni kekurangan kepekatan darah sahaja. Nih kena makan banyak kerang dan bayam nih~

Seterusnya, Chekgu Murni diarahkan supaya ke tingkat 1 untuk dilakukan ujian pap-smear. Alhamdulillah, inilah masanya. Hati berdebar-debar gak. Nih kali pertama nak buat ujian pap-smear. Dengar dari pengalaman kawan-kawan bunyinya cam ngeri ja~.. takut aihh~

Sampai ja di tingkat 1, 'misi' disana membawa Chekgu Murni ke suatu bilik khas untuk dilakukan ujian pap-smear. Perasaan masa tu, tertanya-tanya gak, apa la 'misi' nih nak buat kat aku? 'Misi' menyuruhkan supaya pakaian dalam dilonggarkan untuk pemeriksaan buah dada~.. Erk~.. nih yang malu nih. Walaupun semasa wanita, persaan malu tetap ada lew~ Tujuan pemeriksaan nih dibuat untuk mengatahui sekiranya ada benjolan-benjolan kecil di sekitar buah dada atau tidak. Ini bagi mencegah kanser payudara. Alhamdulillah, tiada apa-apa 'disana'.

Kemuadian. disuruh pula ditanggalkan seluar da**m. Inilah part paling malu, namun INIlah untuk kebaikan kita. 'Misi' menyuruhkan Chekgu Murni membuat posisi seperti hendak bersalin. Nasihat 'misi', jangan keraskan badan, buat relaks sahaja. Maka Chekgu Murni pun buat la biasa-biasa saja. Setelah sample yang diperlukan diambil, maka Chekgu Murni bolehlah pulang dengan hati yang girang. Perasaan ketika diambil sample 'disitu'.. tidaklah sakit pun, biasa saja. Kenapa 'depa' kata sakit? Siapa 'depa' tu? 'Depa' tu adalah kawan-kawan, wanita-wanita di luar sana. Result hanya akan diperolehi sebulan kemudian. Tak sabar nak tau keputusannya. Harap-harap semuanya adalah NORMAL.




nasihat Chekgu Murni : Kepada para isteri, jom kita buat ujian pap-smear. Bukan untuk kebaikan orang lain tapi untuk kebaikan kita-kita juga. Fikir-fikirkan lah~

Belajar SAYANKAN diri sendiri dahulu, barulah boleh SAYANGI orang lain~

2 comments:

  1. ape pakaian semasa buat pap smear

    ReplyDelete
  2. uiks~ me pakai opis wear lew~ baju kurung~ pas abeh pap-smear me teruskan kerja ;p~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...