My Future Business Partners

Monday, January 24, 2011

Kalau Hati Dah Suka

Alhamdulillah, pada 23 Januari 2011 (Ahad) jam lebih kurang 4.30 petang, SM Betty telah sampai ke rumah Chekgu Murni untuk menyerahkan set Premium Beautiful Chekgu Murni. Syukur sangat kerana barang yang ditunggu dah kunjung tiba. Syok ooo~. Kehadiran SM Betty disambut dengan hati yang girang oleh Chekgu Murni. Ahaks~


Namun disini Chekgu Murni ingin menyatakan ketidakpuasan hati Chekgu Murni terhadap servis yang diberikan. Chekgu Murni sedikit kecewa dengan SM Betty dan CDM Hanis Haizi kerana servis yang BURUK yang telah mereka berikan. Mereka mengambil masa selama 20 hari selepas pembayaran penuh Chekgu Murni lalukan untuk pembelian set Premium Beautiful pada Chekgu Murni. Buruk kan? Dah la Chekgu Murni tak sabar nak pakai Premium Beautiful, servis penghantaran lambat lak tu. Keghairahan Chekgu Murni menjadi terbantut la macam nih~.. huh! Nasib baik lah duit dah dibayar, kalau tidak jangan harap Chekgu Murni nak beli dari mereka ;p~



Tapi kalau hati dah suka, apa pun boleh kan? Chekgu Murni dah 'TER'suka pada CDM Hanis Haizi, dia buat apa pun, Chekgu Murni tetap suka. Awas! Chekgu Murni suka pada CDM Hanis Haizi tu cam biasa-biasa sahaja tau. Bukan suka nak MAKE LOVE with her lak.. ahaks~



Berbalik  pada cerita asal ya puan-puan, SM Betty menyerahkan satu bungkusan yang mengandungi set Premium Beautiful kepada Chekgu Murni. Chekgu Murni menjadi excited sangat~.. SM Betty mengajar Chekgu Murni cara-cara yang BETUL bagi pemakaian Premium Beautiful nih~

Langkah Pertama.

SM Betty mengarahkan Chekgu Murni memakai Girdle terlebih dahulu. Cara-caranya lebih kurang macam gambar kat bawah nih :-


Ketat ooo nak pakai Girdle nih. Mengambil masa yang agak lama jugak untuk Chekgu Murni mentrynya.. sampai berpeluh-peluh.. ahaks~ selepas dapat memakai Girdle dengan jayanya maka ikutilah langkah keduanya pula...

Langkah Ke-2

Cara ke-2 nih SM Betty tolong pakaikan pada Chekgu Murni. Kita perlu pakai Long Bra. Caranya lebih kurang macam gambar kat bawah nih :-


Mudah kan? Mudah la sebab ada orang lain tolong pakaikan kat kita. Tapi sedikit sukar sekiranya kita nak pakai sendiri namun tetap boleh pakai sendiri. Setrusnya kita ke langkah ke-3.

Langkah Ke-3

Langkah terakhir adalah memakai Bengkung. Cara-caranya lebih kurang macam kat bawah ini :-



SM Betty menarik ketat bengkung pada badan Chekgu Murni. Selesa sangat. Kontur Badan Chekgu Murni terus tegak. Chekgu Murni suka sangat. Memang puas hati dengan Premium Beautiful nih~ maka siaplah Chekgu Murni memakai satu set lengkap Premium Beautiful.

Baru pakai sahaja set Premium Beautiful nih Chekgu Murni dah terasa perubahannya. Nak tau apa perubahannya selain kontur badan menjadi tegak? Nantikan entry Chekgu Murni yang lain tau! This is my personal testimonial~

Dear CDM Hanis Haizi,

Chekgu Murni masih menunggu PB Wash + Herba Maharani dari CDM Hanis Haizi. Bila boleh Chekgu Murni dapat? CDM Hanis Haizi GAGAL dalam memberi servis yang TERBAIK untuk pelanggan. Walaupun begitu, you always be my idol~



abayahitam@gmail.com

019-5735039

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...