My Future Business Partners

Tuesday, February 15, 2011

Pakaian Dalam Selesa Tingkatkan Keyakinan Dalam Penampilan~

Kredit kepada BH PILIH B22A 16 (emel) Rabu 16 Februari 2011 oleh Shaidah Shafie~

Memilih pakaian dalam sering menjadi masalah kepada sesetengah wanita kerana jika tersilap memilih, anda akan berasa tidak selesa mungkin kerana saiz atau warna. Lebih memburukkan keadaan fabrik digunakan tidak meresap peluh menyebabkan anda rengsa sepanjang hari.

Sehubungan itu, adalah penting memastikan anda memilih pakaian dalam selesa supaya kegiatan harian berjalan lancar selain tiada rasa gatal atau melekit pada badan.

Highly recommended : Premium Beautiful Corset~



Info :

Pakaian Dalam

(a) Pastikan saiz mangkuk baju dalam atau coli menepati atau bersesuaian dengan payu dara anda bagi memastikan keselesaan.
(b) Baju dalam yang mempunyai wayar mampu menyokong payudara dan menjadikannya lebih terletak
(c) Jika anda mempunyai payudara yang berisi, elakkan memakai coli daripada fabrik renda kerana ia akan menampakkan payudara anda lebih berisi.
(d)Sebaik-baiknya, memiliki tiga coli dalam warna asas iaitu hitam, putih dan krim.
(e) Untuk penjagaan coli yang baik, jangan sekali-kali basuh menggunakan mesin pencuci. Anda hanya perlu celup dan siram, kemudian sidai di tempat redup.
(f) Coli yang baik adalah coli daripada fabrik serap peluh.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...